Home » , » Prinz Ribbit |2014|

Prinz Ribbit |2014|

Filem Ribbit diarahkan oleh Chuck Powers yang menggunakan suara-suara artis terkenal Hollywood seperti Sean Astin (Lord of the Rings), Tim Curry (The Hunt for Red October) dan pelawak antarabangsa Russell Peters (Fast Food Nation). Filem ini juga telah diadaptasikan ke dalam Bahasa Malaysia diarahkan oleh pengarah filem tempatan Mamat Khalid dan menampilkan suara-suara artis tempatan seperti Johan Raja Lawak, Elfira Loy, Awie, Datuk Aznil Hj Nawawi, Izzue Islam dan ramai lagi. Ribbit kini sudah mendapat tempahan melebihi 80 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, Jerman, Jepun, China, Korea Selatan dan kebanyakkan negara tersebut akan mengalih bahasa ke bahasa tempatan mereka. Meneruskan tradisi KRU Studios dengan lagu-lagu tema filem, Ribbit menampilkan “Magical Moment” yang menggandingkan Jaclyn Victor bersama kumpulan R&B terkenal dari Amerika Syarikat Az Yet dan “Destiny” oleh DJ Motiv8 iaitu bekas DJ yang sentiasa mengiringi persembahan kumpulan Black Eyed Peas. Manakala bagi versi Bahasa Malaysia “Dikau Saja” dijadikan lagu tema yang dinyanyikan oleh kumpulan Forteen.
http://www.budiey.com/sinopsis-filem-animasi-ribbit-terbitan-kru-studios/

0 comments:

Post a Comment

makasih atas kunjungannya yaa... mau reques film apalagi ? coment disini yaa ^_^

Link Banner
 
Copyright © 2014 Gustube.Net
-->